Demi Mentaati Perintah Agama, Sadio Mane Menolak Pegang ‘Bir’ Waktu Berfoto Bersama

Dulu, Mane juga pernah dilihat memegang sajadah di dalam kamar persalinan diyakini sedang bersiap untuk menunaikan solat setelah tamat perlawanan dan memenangi Piala Carabao enam bulan lalu.

Mane ketika itu juga dilihat sudah menukar pakaian dan mengenakan celana panjang, berbanding pemain-pemain lain yang masih lagi mengenakan jersi utama kelab.

Kelibat Mane itu kelihatan di dalam sebuah gambar bersama tiga penjaga gol Liverpool dan ia pantas menjadi viral di media sosial.

Sebagai seorang Muslim yang taat, pemain itu dikatakan banyak terlepas acara sambutan yang dibuat oleh pasukan untuk menyambut kemenangan mereka sementara dia menunaikan solat.

Malah, para peminat turut perasan bahawa Mane hampir tidak kelihatan dalam merayakan kemenangan Piala Carabao tersebut, kecuali ketika di lapangan saat itu.

Loading